Pelakon dan pengacara Janna Nick menyedari dia tidak pernah menerima jemputan ke acara ‘baby shower’ atau ‘gender reveal’ daripada rakan-rakannya.
Menerusi perkongsian di Threads, Janna tertanya adakah rakan-rakannya bimbang dia akan rasa sedih kerana dia dalam proses untuk mendapatkan anak atau trying to conceive (TTC).
BACA: “Bila Tak Kerja Memang Selekeh” – Janna Nick Nafi Sombong Akui Insecure

“I baru sedar… kawan-kawan tak pernah invite I pergi baby shower atau gender reveal. Event lain, open house ke apa, depa invite je. So I tertanya… depa takut I sedih ka? Sumpah, I tak sedih langsung,” katanya.
Menurut Janna dia tidak berasa sedih sebaliknya gembira melihat individu lain bakal menimang cahaya mata.
“As someone yang sedang TTC, I genuinely happy bila tengok orang lain mengandung, dapat baby, announce pregnancy, semua tu.
“Maybe ada masa kita rasa sedih dengan journey sendiri, yes. Tapi that doesn’t mean kita tak boleh celebrate happiness orang lain,” tulisnya.
Perkongsian Janna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami keadaan dilaluinya serta ada yang mengatakan mungkin rakan-rakan niat mahu menjaga hati.