Perkongsian deejay kelab malam, DJ Kidd menjadi perhatian ramai apabila dilihat semakin terbuka memuat naik video bersama pelakon Emma Maembong.
Selepas memuat naik video menaiki motosikal bersama Emma serta menggelar aktres itu sebagai ‘isteri’, satu lagi hantaran DJ Kidd menjadi perhatian.
BACA: Deejay Kid Tayang Foto Emma Maembong, Anak

Screenshot
Menerusi perkongsian di Insta Story, DJ Kidd memuat naik video bersama Emma saling berpelukan ketika meluangkan masa di Aquaria.
DJ Kidd turut meninggalkan kapsyen mengatakan dia akan menjadi suami terbaik buat Emma sekaligus menimbulkan tanda tanya.
Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Malah, pasangan itu didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan beberapa gambar yang tular di media sosial.