fbpx

Satu Sen Pun Tiada Lepas Cerai, Shuhada Syukur Dapat Beli Kereta Pertama

Meskipun berdepan ujian rumah tangga kemudian bergelar ibu tunggal, bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berjaya membuktikan dia juga boleh mencapai kejayaaan.

Menerusi satu perkongsian, atas berkat kesabaran dan usaha, Shuhada berjaya memiliki sebuah kereta jenis Honda HRV yang dibeli pada April 2023.

BACA: Shuhada Tak Tahu, Malas Peduli Hafidz Roshdi Bakal Nikah Athira Yuhada

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Menurut Shuhada, mungkin ada yang menganggap ianya perkara biasa namun ketika diceraikan dia tidak mempunyai satu sen di dalam akaun.

“Mungkin bagi orang lain biasa biasa je. Tapi bagi Shu, Shu dah cuba cabar diri Shu to be different & be a better person on 2023. Even as a single mom! Diceraikan without single cents in my bank account,” tulisnya.

Menurut Shuhada lagi, dia mengakui sukar pada awalnya serta mengucapkan terima kasih kepada jenama minuman kesihatan wanita yang memberi rezeki kepadanya.