fbpx

Baru-baru ini perkongsian Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menjadi perhatian apabila memaklumkan menerima surat saman malu dari peguam bekas menantunya, Shikin Maembong.

Ia berikutan tindakan chef itu yang menegur bekas menantunya itu dan juga anaknya, Chef Riz berkenaan isu penjagaan anak.

BACA: “Miskin Sangat Ke Nak Saman Saya RM1 Juta?” – Chef Wan

Menerusi perkongsian di Instagram itu juga, Chef Wan turut mepersoalkan bekas menantunya adakah dia lupa bahawa dia yang bersusah payah serta menggunakan duitnya untuk kahwinkan anaknya ketika itu.

Susulan pendedahan itu, Shikin akhirnya tampil menjawab salah satu tuduhan bekas bapa mentuanya itu yang menyifatkan dakwaan perkahwinannya dengan Chef Riz menggunakan duit Chef Wan adalah fitnah semata-mata.

Dalam satu video dimuat naik di Insta Story, Shikin berkata dia dan bekas suaminya ketika itu menjalankan bisnes bersama dan menggunakan 100 peratus hasil pendapatan untuk majlis perkahwinan mereka.

“Sebenarnya duit perkahwinan kami seratus peratus adalah duit sendiri. Ketika itu saya dan bekas suami buat perniagaan Elken. Kita kumpul duit sendiri dan kahwin guna duit sendiri.

“Seratus peratus duit sendiri tiada guna pun duit bapa mentua. Apa yang dia post adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” katanya.

Kata Shikin lagi, dia menjelaskan perkara itu selepas menerima kecaman daripada netizen yang kurang senang dengan perkara berkenaan.

“Ramai yang bertanya khabar dan juga mengecam saya. Saya ni bukan sejenis yang suka mengaibkan orang atau bercerita tentang peribadi saya di Instagram tapi keadaan memaksa saya,” katanya.

Nadzri mendirikan rumah tangga dengan Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkokngsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.