Pelawak Shuib memaklumkan doktor memberitahu kecederaan anak perempuannya, Thalita akibat terkena minyak panas tidak terlalu serius.

Memetik mStar Online, Shuib berkata ketika kejadian dia berada di luar rumah dan Thalita sedang membantu isterinya, Watie Hanifiah di dapur.

BACA: “Kenapa Segelintir Orang Rasa Yang ‘Free Hair Ni Banyak Dosa?” – Thalita

“Bila balik baru tahu kejadian agak serius sampai tangan dan muka Thalita teruk pada malam itu. Sampaikan Watie menggigil tak tahu nak buat apa bila kejadian berlaku.

“Malam itu bila Thalita menjerit kesakitan, saya rasa satu Puchong boleh dengar. Tapi syukur semuanya okay,” katanya.

Sementara itu, Shuib terharu melihat Watie memainkan peranan besar menguruskan anak-anak ketika berdepan situasi cemas sehinggakan anak-anak tidak mahu berenggang dengan isterinya.

“Dulu ada kejadian Mateen hampir pekak sebab telinga kanan dia masuk air sampai ada fungus. Dalam sebulan Watie sabar, hari-hari korek telinga Mateen sampai hilang bakteria itu. 

“Sebab itu Mateen sayang sangat pada Watie. Begitu juga Thalita, waktu dia sakit hati tu, dia tak mahu oranglain..nak melekat saja dengan Watie walaupun tengah sakit,” katanya.

Sumber: mStar Online

×