fbpx

Sasha Saidin Sahkan Berniat Tuntut Cerai Dari Suami, Sorok Punca Sebenar

Jika semalam media melaporkan yang Sasha Saidin enggan mendedahkan tujuan sebenar beliau hadir ke mahkamah, hari ini segalanya terbongkar. Tidak, bukan segalanya. Heh.

Bercakap kepada wartawan Kosmo!, Sasha Saidin berkata beliau memang mempunyai niat untuk memohon penceraian tetapi mengambil keputusan berdiam diri tentang punca.

“Sebenarnya tujuan saya hadir ke mahkamah tersebut kerana mahu membuat permohonan cerai. Saya mengaku yang ketika ini saya memang mahu bercerai dengan suami saya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono,” ujar Sasha Saidin.

Pengakuan ini sebenarnya satu perkara yang mengejutkan kerana hubungan Sasha Saidin & suami’nya tidak pernah di’landa gossip atau kontroversi besar sebelum ini.

Menurut Sasha Saidin, beliau lebih suka berdiam diri tentang apa yang berlaku antara mereka berdua dan akan membuka cerita tentang masalah rumahtangga jika tiba masa nanti.

Sasha Saidin & Salyo Priyanto Nutosoemarsono bernikah pada 11 November 2007 yang lalu.