fbpx

Sari Yanti Failkan Penceraian?

Perkara ini menjadi bualan ramai peminat dunia hiburan di forum Cari sejak beberapa minggu lalu namun masih tidak dapat dipastikan kesahihahnya — kami sendiri sehingga hari ini tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak.

Sinar Harian hari ini telah memetik ‘khabar angin’ yang mula disampaikan di forum tersebut yang mengatakan pelakon Sari Yanti telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban pada hujung bulan lalu — menurut sumber.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Eddy Casmady selama lima tahun sejak 2009, Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Laporan tersebut juga menyebut yang mereka tidak dapat sebarang kenyataan daripada Sari Yanti kerana beliau kini sedang berada Capetown, Afrika Selatan atas urusan kerja. Satu lagi khabar angin selebriti kita yang perlukan jawapan segera. Heh. (rtky/m)