fbpx

Sarah Suhairi Juara Big Stage, Bawa Pulang RM100,000

Menewaskan empat peserta lain, Sarah Suhairi diumumkan sebagai juara Big Stage musim pertama. Sarah membawakan lagu Awan yang terpilu dan single terbaru berjudul Nyawa dan Raga nyata membawa tuah buat penyanyi ini apabila berjaya merangkul wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi Big Stage.

BACA: Shila Amzah Biadap Dengan Dato’ Siti Nurhaliza?

Naib juara, Syafiq Farhain membawa pulang wang tunai RM50000 dan trofi Big Stage. Syafiq membawakan lagu berjudul Antara Hujan dan Airmata manakala lagu kedua iaitu singlenya yang terbaru, Aku Jatuh Cinta.

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Afieq Shazwan,berjaya membawa pulang wang tunai RM25000 beserta trofi Big Stage.

Afieq membawakan lagu Footlose dan singleserta menyanyikan lagu solonya yang terbaru Darjat.

Tempat keempat yang diraih oleh Wani Kayrie berjaya membawa pulang wang tunai RM10000, serta trofi Big Stage. Wani membawakan lagu berjudul Pematah Hati dan lagu single yang terbaru berjudul Saat Terindah.

Manakala di tempat kelima dimenangi oleh Baby Shima yang berjaya membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi Big Stage.

Pada malam itu, Baby Shima menyanyikan lagu Police Entry dan lagu singlenya yang terbaru berjudul Sirna.

Berikut merupakan senarai pemenang Big Stage:

Juara: Sarah Suhairi
Naib Juara: Syafiq Farhain
Tempat ketiga: Afieq Shazwan
Tempat keempat: Wani Kayrie
Tempat kelima: Baby Shima