Berdepan kemelut rumah tangga, namun pelakon Puteri Sarah terus bangkit mempertahankan maruahnya selepas bertahun berdiam diri.
Baru-baru ini, menerusi satu temubual bersama Nona, Sarah mendedahkan keadaan dirinya ketika berdepan kemelut rumah tangga empat tahun lalu.
BACA: Puteri Sarah Aman Penyondol Tak Boleh Ganggu Hidupnya
Menurut Sarah, ketika itu dia hilang keyakinan diri serta merasakan dirinya tidak cantik dan berat badannya susut sehingga 47 kilogram.
“Demi Allah, saya tiada konfiden dekat diri sendiri. Saya rasa saya tak cantik, sangat buruk sampai saya down sangat. Saya tak jaga diri saya sampai satu tahap, berat saya menurun sehingga 47 kg. Saya sangat kurus kering ibaratkan macam batang mop, macam Skeleton.
“Saya tak happy dengan badan saya tapi saya tak boleh nak buat apa sebab self confidence saya sangat rendah. Saya jadi macam tikus, takut nak face the world,” katanya.
Puteri Sarah tidak dapat menahan sebak apabila berkongsikan anak sulungnya, Syaikhul Islam sering dijadikan tempat untuknya melepaskan marah serta pernah memukulnya.
“Bila saya stres dulu, saya lepaskan pada anak saya. Saya pukul Syaikhul. Masa tu dia baru 2 tahun, dan masa tu dia tak tahu apa-apa. Ya anak-anak tak ingat, tapi saya sebagai ibu saya ingat apa saya buat kat dia. Saya rasa bersalah.
“Saya tersentap saya tak boleh buat macam ni pada anak saya. Itu pertama dan terakhir saya pukul anak saya. Bila mak saya dan mertua datang tanya kenapa saya kurus, masa tu saya kata saya diet. Namun, mak saya perasan bila ada benda sikit yang trigger saya akan jadi outburst. Saya selalu menjerit dekat Syaikhul,” katanya.
Kata Sarah lagi, lebih menyedihkan dia hanya dapat menyusukan anak perempuannya, Sumayyah sehingga usia enam bulan sahaja kerana tiada susu badan akibat tertekan dengan apa yang melanda rumah tangganya.
“Paling saya sedih saya hanya boleh susukan Sumayyah, enam bulan saja sebab saya stres susu badan tak boleh keluar. Bukan mudah bagi saya, padahal saya nak menyusukan anak saya sampai dua tahun tapi sebab saya stres susu saya tak boleh keluar,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah mengesahkan Ira Kazar sudah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memberi keterangan.