fbpx

Sarah Hildebrand Sertai Tentera Udara AS?

Perkongsian bekas pelakon Sarah Hildebrand menjadi perhatian apabila memuat naik foto seolah memberi gambaran menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat.

Menerusi entri itu, Sarah berkongsikan gambarnya sedang bersalaman dengan seorang pegawai tentera serta keputusan skor yang diperoleh dalam ujian ketenteraan. Dalam perkongsian itu, Sarah turut menulis kapsyen,”Semuanya tidak mustahil”.

BACA: Sarah Hildebrand Kongsi Gambar Pakai Coli Buat Netizen Tergamam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand)

Perkongsian Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta tertanya-tanya adakah bekas pelakon itu menyertai pasukan tentera disana.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain Sarah memuat naik video memaparkan dirinya bersama dua lelaki sedang berikrar.

Terdahulu, Sarah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni selepas tujuh tahun bergelar pelakon.