Sebentar lagi, kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mengejutkan ramai apabila mendedahkan beberapa lagi bukti perbualan WhatsApp antara Ruhainies dan Aliff.
Menerusi mesej berkenaan, dapat dilihat paparan mesej Ruhainies dan Aliff didakwa menyebut mengenai jenama produk kecantikan Kitsui serta menggelar jenama tersebut ‘babi’.
BACA: Bella Astillah Tak Terkejut Pendedahan Kekasih Aliff Aziz, Dah Jumpa Sarah Yasmine
Turut menjadi perhatian ‘Emma’ dan ‘Chacha’ juga turut dipetik dalam perbualan tersebut dimana Ruhainies mendakwa Chacha mengatakan kenyataan dibuat Bella seolah try hard untuk buatkan netizen percaya.
Memetik Xtra, netizen membuat spekulasi serta mendakwa pelakon Emma Maembong dan adiknya, pelakon Chacha Maembong adalah individu yang dimaksudkan.
SUMBER: Xtra