fbpx

“Sampai Hati Buat Cerita Saya Meninggal Dunia”

Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita palsu tentang kematiannya.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Sajat didakwa meninggal dunia selepas terlibat di dalam satu kemalangan di luar negara.

BACA: Sajat Akhirnya Dapat Jumpa Anak Selepas 4 Tahun Terpisah

“Sajat meninggal dunia dilanggar SUV (Sports Utility Vehicle) di luar negara. Pinjamkan jari mu tuliskan Al-Fatihah,” tulis berita palsu berkenaan.

Tidak hanya berdiam diri, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata ini bukan kali pertama berita palsu mengenainya.

“Sampai hati buat cerita begini pada Sajat. Mentang-mentanglah Sajat jarang buat ‘live’. Kalian mudah buat cerita bukan-bukan pada Sajat.

“Bukan pertama kali jadi begini. Tahun lepas pun keluar cerita yang sama juga. Apa muslihat laman sebegini ya? Tak sudah sudah,” tulisnya.