fbpx

Sammy Simorangkir Mulakan Karier Solo Dengan Album Terbaru, Aku Kembali

Kami di’sini memang meminati lunak suara Sammy Simorangkir yang sebelum ini merupakan vokalis kumpulan Kerispatih dan tidak salah jika kami katakan yang penyanyi ini merupakan identiti sebenar alunan muzik Kerispatih.

Namun hari ini Sammy Simorangkir tidak mahu menoleh lagi ke peristiwa yang membuatkan beliau kini berpecah dengan kumpulan asal beliau dan tampil dengan album solo pertama berjudul Aku Kembali untuk pasaran Malaysia.

Kepada yang ingin tahu, Sammy Simorangkir telah di’singkirkan dari kumpulan Kerispatih selepas beliau didapati bersalah menggunakan & memiliki dadah jenis syabu sekitar Februari 2010 yang lalu & menjalani hukuman penjara selama 6 bulan.

Aku Kembali merupakan sebuah album yang menggambarkan liku kehidupannya sebagai bekas vokalis kumpulan Kerispatih yang penuh degan cabaran sehinggakan lupa akan kreativiti muzik beliau yang penuh inspirasi sebelum ini.

Sammy Simorangkir mengatakan bahawa album barunya ini merupakan semangat barunya untuk terus berjuang dengan kreativiti kreativiti baru. Sammy Simorangkir berterima kasih kepada penggemar musiknya sammy lovers yang banyak mendorong dan pemberi semangat untuk terus berkarya sehinggakan beliau berani menjadi penyanyi solo.