Selamat bergelar isteri kepada pembantu peribadinya, Nazmir Abd Rahim pada November lalu, pelakon Jasmin Hamid dilihat bahagia melayari alam rumah tangga.

Menerusi satu perkongsian terbaru, Jasmin ada membuat sambutan kecil-kecilan sempena hari kelahiran suami tercinta di sebuah lokasi penggambaran.

BACA: Selamat Bernikah, Jasmin Hamid Kembali Bergelar Isteri

Meluahkan rasa syukur kerana Allah masih mengurniakan pasangan buat dirinya, Jasmi tetap membahagiakan suami meskipun sedang sibuk bekerja.

Perkongsian Jasmin itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke syurga.

Jasmin selamat melangsungkan pernikahan dengan Nazmir Abd Rahim yang juga pembantu peribadinya, 35 tahun pada 19 November lalu.

×