fbpx

Sambut Birthday Ke-30, Bella Doakan Aliff Aziz Jadi Suami Yang Baik

Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga bercerai kemudian rujuk semula, pelakon Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz dilihat semakin gembira dan bahagia melayari bahtera rumah tangga.

Baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-30, menerusi Instagram Bella ada berkongsikan foto mereka sekeluarga. Menerusi entri itu, Bella mendoakan agar Allah sentiasa memberkati suaminya serta berharap Aliff menjadi suami yang baik serta ayah terbaik untuk anak-anak.

BACA: 9 Bulan Terpisah, Aliff Aziz Akhirnya Bertemu Isteri & Anak-Anak

“Happy birthday b, semoga Allah SWT sentiasa memberkati awak dan menjadi seorang anak yang baik kepada umi, ayah, abang yang baik, suami yang baik, menantu yang baik, daddy yang baik untuk anak-anak dan insan yang baik, insyaAllah,” tulisnya.

Perkongsian Bella itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan selamat hari lahir buat Aliff serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia.

Terdahulu, nama penyanyi itu menjadi perhatian ramai tahun lalu kerana isu curang. Pasangan itu kemudian bercerai pada 16 Mei, namun kembali rujuk dalam tempoh edah.