Sambut Anniversary Ke-23, Ucapan Mark Adam Buat Isteri Undang Sebak

Penyanyi dan pelakon Mark Adam memuat naik hantaran istimewa buat isterinya, Norazah Redzuan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-23.

Menerusi hantaran di Instagram, Mark berkata sepanjang perkahwinan mereka tidak pernah meninggalkan antara satu sama lain sekaligus membuatkan rumah tangga mereka tetap utuh.

BACA: Ramai Tanggungan, Mark Adam Sertai GV Untuk Tambah Pendapatan

“Kalau orang tanya apa yang paling istimewa tentang perjalanan kita, jawapan saya mudah. Kita tak pernah tinggalkan satu sama lain.

“Kita dah lalui macam-macam dalam hidup. Ada hari kita ketawa, ada hari kita menangis. Ada masa semuanya terasa mudah, tapi ada juga masa dugaan datang bertubi-tubi sampai kita sendiri tak tahu macam mana nak hadapinya.

“Tapi dalam setiap keadaan itu, tangan awak tetap ada dalam tangan saya. Dan tangan saya tetap cuba menggenggam tangan awak sekuat yang saya mampu,” tulisnya.

Sementara itu, Mark menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang tetap bersamanya ketika dia tidak sempurna serta memilih untuk terus berjalan bersamanya.

“Tapi saya janji satu perkara…Selagi Allah izinkan, saya akan tetap pegang tangan awak.mKalau kita jatuh, kita bangun sama-sama.

“Kalau kita susah, kita hadap sama-sama. Kalau kita bahagia, kita syukuri sama-sama. Dan kalau suatu hari nanti kita sudah tua, saya harap kita masih boleh pandang satu sama lain dan berkata, ‘Alhamdulillah… kita dah lalui semuanya bersama'” tulisnya.

×