fbpx

Salih Yaacob Akui Bukan Mudah Beristeri Empat

Bercakap melalui pengalamannya di dalam berpoligami, Salih Yaacob mengakui sendiri bahawa bukan mudah sebenarnya untuk berpoligami, bukan dua isteri tetapi empat. Malah dalam masa yang sama, pelawak ini sempat berpesan kepada kaum lelaki di luar sana.

BACA: Salih Yaacob Kecewa, Bersara Dari Dunia Hiburan

Menegaskan bahawa poligami itu memerlukan kesungguhan dan juga keikhlasan dalam setiap tindakan yang diambil, Salih berpesan kepada kaum lelaki yang berhajat untuk berkahwin lebih daripada seorang, supaya mengenali diri sendiri. Nasihatnya, lelaki perlu tahu keupayaan yang ada supaya dapat memikul amanah dengan baik.

“Bukan untuk suka-suka. Apabila kita memilih jalan ini (poligami), kita perlu ikhlas dan tahu tanggungjawab kita,” katanya kepada Berita Harian Online sambil memberitahu bahawa perkara utama yang perlu dijadikan pegangan ketika memilih untuk berpoligami ialah tahu tanggungjawab sebagai suami dan pemimpin keluarga besar.

“Tidak dinafikan akan ada hati yang terasa. Tetapi kita sebagai nakhoda perlu tahu membaca semua kemungkinan dan mencari penyelesaian terbaik. Bukan senang atau untuk suka-suka. Kalau niat salah, baik lupakan saja,” katanya.

Salih memiliki empat isteri iaitu Norlizah Mamat, 50; Norraha Hamat, 46; Norfara Wahida Sulaiman, 36, dan Samihah Sheikh Amy (Emi), 29 dan bakal menimang cahaya mata ke 12 hasil perkahwinan dengan isteri terbarunya (Samihah). Hebat betul Salih Yaacob. (rtky/syfq)