“Salahkan Perempuan Lain Padahal Suami Sendiri Buaya Lapar”

Pelakon Rozita Che Wan memberikan pendapatnya berikutan banyak drama curang dipaparkan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata bila lelaki berlaku curang ramai wanita menyalahkan jantina mereka sendiri.

BACA: “Lelaki Kaya Macam Mana Pun, Perempuan Kena Pandai Cari Duit”

@rozitachewan1

Byk sgt drama2 jantan curang lately ni , terpanggil plk kita nk bg komen .. padahal laki dia yg mcm jemuan , dia nk masih lg nk simpan , tp pompuan yg laki dia dok gila yg dia nk p serbu ? dlm kes ni laki kau yg patutnya kena benam? . #setcekangjelita #serumjeragat #cheta #rcw #rozitachewan

? original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

“Ini pendapat saya jangan marah, bila mana lelaki tu curang, orang perempuan suka salahkan orang perempuan. Jangan. Orang lelaki pun cari pasal sebenarnya sebab perangai teruk tetapi perempuan pula jadi mangsa,” katanya.

Kata Che Ta lagi, dia tidak menyebelahi mana-mana pihak namun yang paling bersalah adalah si suami namun si isteri akan terus menyalahkan peyondol sehingga membuka aib mereka.

“Tapi kita akan salahkan orang perempuan juga, tapi paling salah nombor satu jantan lah, laki kita. Orang perempuan jangan terus salahkan dan buka aib perempuan lain.

“Laki dia biasa-biasa je, dia salahkan perempuan lain padahal suami sendiri buaya lapar. Kalau saya, memang akan salahkan jantan tu,” katanya.

×