fbpx

Ingat lagi sekitar Julai 2013 yang lalu, Sunsilk Hijabku Gayaku ada melancarkan kempen untuk mencari 10 orang pereka fesyen & model yang akan ditonjolkan pada Islamic Fashion Festival (IFF) pada November 2013 nanti?

Semua peserta yang berpotensi sudah pun dipilih dan kini anda berpeluang untuk menyaksikan perjalanan mereka dari pereka & model berstatus amatur ke peringkat lebih professional dengan bimbingan mereka yang telah berada lama dalam industri.

Bermula 4 November 2013 melalui saluran Youtube rasmi Sunsilk, perjalanan 10 orang mereka yang bertuah ini dirakamkan setiap minggu selama lima episod.

Rancangan khas online ini akan dikendalikan oleh Diana Amir yang memang terkenal dengan fesyen hijab & muslimah beliau sehingga menjadi idola ramai wanita.

Dalam kelima lima episod ini nanti, anda akan dapat melihat perjalanan para peserta Sunsilk Hijabku Gayaku ini melalui pelbagai tugasan sebelum menempatkan bakat dan rekaan mereka di pentas fesyen antarabangsa.

Sunsilk Hijabku Gayaku Generic Promo

Kesemua pereka & model yang terlibat akan dipantau, dibimbing dan dilatih oleh beberapa nama besar dalam industri fesyen Malaysia seperti Hatta Dolmat, Rico Rinaldi dan Fedrick Wong (ketua program jabatan fesyen, Kolej Raffles).

Pada episod kelima dan terakhir, peserta perlu memperlihatkan hasil rekaan kepada para juri dan mentor serta para tetamu yang hadir di catwalk Islamic Fashion Festival (IFF) 2013 untuk merebut tempat pertama dalam persaingan ini.

Pereka fesyen & model yang berjaya akan menerima hadiah RM5,000 beserta paparan eksklusif di majalah untuk seorang pereka fesyen dan seorang model. Pereka fesyen yang berjaya juga mendapat latihan praktikal dibawah pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi selama sebulan.

Untuk mengetahui siapakah pereka fesyen dan model yang berjaya muncul sebagai juara dan melihat perjalanan penuh rintangan mereka, jangan lupa ikuti kisah mereka di laman Youtube Sunsilk Hijabku Gayaku bermula 4 November 2013 ini. Jom!