Pelakon Imran Aqil berkongsikan dia terkesan melihat jarum yang digunakan untuk menyuntik epidural ke atas isterinya, Dahlia Rizal yang bakal melahirkan anak sulung mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram, Imran berkata ada yang mengatakan epidural adalah ‘cheat code’ untuk kurangkan sakit bersalin namun dia terkejut meihat jarum suntikan berkenaan.
BACA: Dahlia Rizal Terharu Suami Bagi Pakai Kad Debit Untuk Shopping
View this post on Instagram
Kata Imran lagi, dia melihat sendiri kesakitan dilalui oleh isterinya dari mula hamil sehingga menerima suntikan epidural dan tiada istilah ‘cheat’ dalam perjuangan seorang ibu dalam melahirkan cahaya mata.
“Hari ini aku temani isteriku, menghadapi satu lagi fasa ujian sebagai seorang ibu. aku saksikan sendiri kesakitannya, dari mula mengandung, sampai ke saat dia ambil suntikan epidural hari ini.
“Ada yang cakap ini ‘cheat code’ untuk kurangkan sakit bersalin tapi aku sendiri terkejut tengok jarumnya. Tak ada yang ‘cheat’ bila bercakap tentang perjuangan seorang ibu,” tulisnya.
Sementara itu, Imran turut menyampaikan pesanan isterinya yang memohon maaf jika ada yang terguris hati serta mendoakan agar proses bersalin Dahlia dipermudahkan.