fbpx

Sajat Umum Kembali Single, Dah Putus Dengan Model Lubnan?

Perkongsian usahawan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menjadi perhatian apabila mengumumkan sudah kembali single.

Sebelum ini, Sajat secara terbuka mengakui menjalin hubungan cinta selama dua tahun dengan model dari Lubnan dikenali sebagai Jados.

BACA: Guna Khidmat Komposer Antarabangsa, Sajat Bakal Muncul Single Terbaru

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajatkamaruzzaman)

Menerusi entri itu, Sajat seolah memberi bayangan seolah tidak dihargai dan lebih baik move on daripada bertahan dengan orang yang tidak memahami.

“Now no more word appreciate. Enough is enough. I’m single ready to mingle. Be yourself, but always your better self,” tulisnya.

Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen sindiran terhadap usahawan itu.

Dalam pada itu, ada netizen mengucapkan terima kasih kepada Sajat kerana membuktikan bahawa lelaki juga mampu setia.

Kini berhijrah ke Australia meneruskan hidup baru, pada Februari lalu, Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah. Katanya lagi, dia merasakan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.