Usahawan sensasi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui bapanya jatuh sakit. Perkara itu dikongsikan oleh Sajat menerusi sesi live baru-baru ini sambil membuat kuih onde-onde.
Menurut Sajat, bapanya jatuh sakit kerana kesan sampingan vaksin serta bertanyakan kepada pengikutnya ada tak ahli keluarga mereka berdepan perkara yang sama.
BACA: Tayang Punggung & Payudara, Sajat Lincah Menari Di Kelab
https://www.tiktok.com/@jen.rjane/video/7285429032135429394?
“Kau orang ada tak macam keluarga kau orang tu kan, lepas cucuk vaccine tu sakit? Sebelum ni tak ada macam tu, dia (ayah) terus sakit. Tu dia cakap dengan saya, dia tengok video saya, dia nangis tengok saya.
“Bila saya buat onde-onde, ni kuih favourite dia. Saya sebenarnya, sekarang ni buat kerja apa yang boleh buat saya buat je kerja, faham tak? Saya buat je.
“Saya kan tak ada pengalaman kerja kat Australia. Saya hanya belajar sahaja. Sampai orang kata saya macam-macam. Yang penting, saya tahu niat saya tu apa saya buat. Kau orang senanglah cakap, tapi yang lalui saya,” katanya.
Sajat mengatakan dia baru saja mendapat tahu mengenai perkara tersebut kerana ibu bapanya tidak mahu bercerita serta membuatkan dia susah hati.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram, Sajat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Datuk Seri Aliff Shukri dan Datin Shahida kerana membantu membelikan kerusi roda buat bapanya.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia dan Aliff masih lagi bersahabat seperti dulu dan hanya berkomunikasi menerusi WhatsApp untuk bertanya khabar.
Dalam pada itu, Sajat turut sebak apabila Aliff mengirimkan video bapanya menerima kerusi roda berkenaan serta memohon maaf kepada bapanya.
“Bila Dato kirimkan video ini pada sajat, sahaja terasa sedih dan sebak, bila orang yang kita sayang dapat buat dia tersenyum selagi dia masih hidup.. ayah maafkan sajat, ampun kan ajad, ayah adalah ayah terbaik dalam dunia ini.
“Ajad sayang sayang ayah dan emak. buat dato dan datin, terima kasih kerana menolong sajat, walaupun datin dan dato sibuk , tapi tetap mencuri waktu untuk membantu sahabat ini yang jauh dari mata. terima kasih dan semoga Allah membalas nya kebaikkan dato dan datin. Amin,” tulisnya.