fbpx

Sajat Buat Laporan Dakwa Produk Bengkung Diciplak

Semalam, usahawan kosmetik, Nur Sajat membuat laporan kepada pihak KPDNHEP Kuala Lumpur mendakwa produk bengkung keluarannya telah diciplak sehingga mengakibatkannya kerugian ratusan ribu ringgit.

Sajat memberitahu dia mengesan perkara itu sejak tahun lalu apabila produk bengkungnya itu dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding harga asal.

BACA: Nur Sajat Tamat Belajar, Bakal Hadir Konvo Di Lebanon

Sajat mendakwa produk bengkungnya telah berada di pasaran sejak empat tahun lalu dan salah satunya sudah tidak dikeluarkan lagi namun masih dijual oleh pihak yang menciplak barangan tersebut.

Jelasnya lagi, tindakan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu menyebabkan ramai ejennya tidak dapat menjual barangan berikutan persaingan harga daripada produk tiruan.

“Produk tulen dijual pada harga RM130.90 manakala yang tiruan dijual antara RM30 hingga RM90.

“Saya dimaklumkan, pembeli yang memakai produk tiruan akan mengalami kecederaan pada badan mereka kerana besi yang digunakan untuk bengkung tersebut akan terkeluar hingga menyucuk tubuh si pemakai,” katanya kepada Kosmo!

Dalam pada itu, Sajat menggesa pihak terlibat supaya menghentikan perbutan tersebut sekiranya tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.