Majlis sedang berlangsung menurut Bapak Gula Gula yang kini dalam usaha untuk mendapatkan gambar eksklusif pertunangan mereka untuk anda semua.


Berikutan adalah tulisan asli Hazrey melalui blog beliau yang kami copy pasta bulat bulat.

Ally Iskandar kini berada di luar rumah keluarga Aishah yang terletak di Taman Sri Intan, Ampang. Itu gambar tangan Ally yang dihantar pada aku beberapa saat lalu.

Antara mesej kami:


“Betul ke kau bertunang? Atau gosip liar yang nakal? Kalau betul, Alhamdulillah.”

Ally menjawab ringkas: Majlis sdg berlangsung. Hamba sdg dikuarantin dlm kereta.

“Disebabkan konvoi banyak kereta, dah jam teruk. Sama mcm pergi meminang di Melaka der,” guraunya. Tapi aku tahu, mesti dia berdebar.

Updated: Gambar hasil tips dari pembaca kami, Eda melalui e-mail dan dari Facebook Aishah Zainal sendiri. Terima kasih!

Gambar pertunangan Ally Iskandar & Aishah Zainal bakal menyusul jika ada khas untuk anda semua. Atau, berita ini macam sedikit over coverage?