“Saat Kamu Di Syurga Ada Ibu Yang Menjaga” – Isteri Shuib Keguguran

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah mengesahkan dia mengalami keguguran pada 11 Mei lalu.

Berita duka itu dikongsikan oleh Watie di Instagram miliknya sebentar tadi menerusi satu coretan buat anak syurganya yang diberi nama ‘Bintang’.

BACA: Hampir Dua Tahun Kahwin, Shuib & Watie Sedia Timang Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Menurut Watie, dia mengalami mimpi seoalh petanda dia akan kehilangan anaknya itu namun tidak menyangka ianya menjadi kenyataan apabila anaknya pergi pada 11 Mei lalu.

“Siang malam Mummy berendam airmata fikirkan kamu. Maaf kerana tak menjaga kamu dengan baik saat kamu ada di dalam rahim Mummy. Maaf kerana tak menghargai kehadiran kamu di saat Mummy terlupa begitu senang dan baiknya Allah berikan kamu.

“Walhal Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran. Setiap masa Mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan.11 Mei 2025 Mummy dapat berita kamu betul-betul pergi tinggalkan Mummy,” tulisnya.

Bagaimanapun, Watie berkata Allah lebih mengetahui segalanya dan reda di atas apa yang berlaku meskipun perit untuk ditelan. 

“Mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Mummy. Mungkin Mummy masih belum mampu jadi Mummy yang baik dan adil buat kamu, kakak dan abang-abang kamu.

“Mungkin masih banyak yang perlu Mummy pelajari sebelum kamu lahir ke dunia ini. Mungkin Allah nak Mummy lebih menghargai anak-anak yang ada sebelum adanya kamu.

“Mummy reda walau ianya terasa perit untuk Mummy hadapi. Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kamu walau hanya untuk beberapa bulan yang indah,” katanya.

×