fbpx

Ryan Bakery Rasmikan Cawangan BubbleBee, Sahabat Baik Menangis Terharu

Sebut saja nama Ryan Bakery, pasti ramai tahu pemuda itu sering tampil dengan yang video mengimbau zaman kanak-kanak dan persekolahan sehingga mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

Malah, hasil daripada kerja kerasnya itu, Ryan berpeluang bekerjasama dengan pelawak Shuib Sepahtu untuk merasmikan satu lagi francais BubbleBee di Seri Iskandar, Perak.

BACA: Ryan Bakery Terharu Konten Video Disukai Ramai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ryanbakery (@ryanfahmibakery)

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib ada memuat naik video Ryan memotong reben perasmian di cawangan Seri Iskandar disaksikan para pelanggan, peminat serta sahabat-sahabat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Apa yang menjadi perhatian, ramai yang sebak melihat sahabat Ryan iaitu Wanchai yang menangis terharu melihat kejayaan rakan baiknya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sebak melihat hubungan akrab dua sahabat itu serta mengucapkan tahniah kepada Ryan di atas kejayaannya itu.