fbpx

Rupanya Ni Peranti Baru Generasi BBNU OOTD, Slim & Versatile!

Patutlah gambar OOTD geng BBNU kalau masuk jer media sosial meriah like dan komen. Rupanya ada prop tersendiri yang menarik mata si pengikut di laman sosial.Pegang sahaja prop yang slim dan versatile ini automatik gambar tiptop!

Bukan nak hasut korang membeli tapi Kardinal Lumina yang ni bersinar memang peranti yang menjadi kegilaan zaman sekarang. Paling penting Lumina bukan sekadar prop hiasan ia juga sangat berguna buat korang yang tegar menghembus asap di udara.

Selamat & Pelbagai Warna

Jangan tak tahu, peranti Lumina yang berinovasi dengan mod cahaya dwi warna serta mempunyai pengecasan yang lebih pantas dan bateri yang tahan lama ini mampu buatkan korang lebih santai dan selesa bila menggunakan peranti ini.

Bukan sekadar peranti biasa yang ada di pasaran, Lumina juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri selain kapasiti KSpod yang lebih besar iaitu 2.5ml e-cecair, Lumina juga cukup selamat dengan penjagaan sistem kunci kanak-kanak.

Dengan hanya mengetik port USB 5 kali peranti tersebut akan dimatikan. Dengan cara ini baru lah tak ada isu yang tak diingini berlaku!

Nak lagi versatile, peranti ini mempunyai LED yang dilengkapi dengan cip K6 yang mampu memberi kepuasan rasa buat korang! Bukan itu sahaja, Lumina juga mampu memberi aliran udara yang lebih baik setiap hari. Patut lah ramai orang tergila-gilakan Lumina, rupanya fungsinya memang A class!

Lebih Tahan Lama, Memang Next Level!

Walaupun beratnya hanya 19g (tidak termasuk pod) dan disertakan dalam pemegang nipis (118.46 x 19.6 x 10.6mm), Lumina boleh dicas sepenuhnya dalam masa 20 minit sahaja untuk kegunaan sepanjang hari kerana kecekapan kuasa cip K6 yang luar biasa.

Terbaru, Lumina mempunyai gegelung seramik PLF 5 lapisan inovatif yang menampilkan kecekapan haba yang lebih tinggi, mikropori seramik skala nano untuk keamatan rasa yang lebih baik, dan teknologi pembersihan ultrasonik yang menjanjikan tiada kekotoran.

Terpaling Estetik & Sedap

Lumina tersedia dalam lima warna yang memukau, iaitu Coral Red, Moss Green, Slate Grey, Champagne Gold dan Oceanic Blue. Ia juga direka dengan kecanggihan yang luar biasa — korang hanya perlu mengetik port USB sebanyak tiga kali untuk bertukar antara mod cahaya standard dan warna warni.

Paling penting, Lumina juga datang dalam 27 perisa yang menakjubkan antaranya adalah perisa berkrim, buah-buahan dan tembakau yang bakal memberi keselesaan kepada tekak korang dengan setiap sedutan.  Jangan tak tahu, Lumina juga ada perisa rare iaitu mineral flavour. Tak semua peranti tau ada perisa ni, hanya di Lumina jer!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai peranti kegilaan ni, jangan lupa KLIK SINI okey! Layari Facebook dan Instagram Kardinal untuk korang cuci mata!