fbpx

Rupanya Dah 17 Tahun Suami Heliza Helmi Bela Janggut

Melangkah ke tahun baru sebagai isteri, berita perkahwinan penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi mengejutkan ramai apabila selamat diijabkabulkan dengan jutawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman semalam.

Bagaimanapun, sejak semalam imej janggut Mahadi yang mencecah paras perut lebih menjadi perhatian ramai apabila ada netizen mengutuk imejnya itu.

BACA: Heliza Helmi Terketar Tangan Ketika Suami Sarung Cincin

Di laman Twitter ada yang mengatakan geli dan seram dengan janggut suami penyanyi itu. Malah, ada mulut jahat mengatakan selepas ini Heliza perlu ‘iron’ janggut suaminya.

Sementara itu, satu video dikongsikan di akaun TikTok @produk.muslim.bmf mengenai ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu sudah 17 tahun menyimpan janggutnya sejak usia 22 tahun.

Diruangan komen ada segelintir netizen membidas semula mereka yang mengutuk suami Heliza itu. Tidak kurang juga ada yang mengatakan ahli perniagaan itu mengikut sunnah Nabi.

Terdahulu, pasangan itu bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pada majlis pernikahan itu, Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Suami Heliza merupakan pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.