Rupanya Ada Zakat Yang Wajib Dibayar Selain Zakat Fitrah

Tuntutan kepada kewajipan berzakat dinyatakan Allah SWT di dalam al-Quran. Demikian firman-Nya yang bermaksud: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Taubah, ayat 103)

Zakat adalah satu perkara yang wajib dibayar oleh umat Islam. Jika sebelum ini kita semua sering terdedah dengan zakat fitrah. Tapi tahukah anda zakat harta juga wajib dibayar.

Secara amnya zakat fitrah adalah zakat yang perlu dibayar pada bulan Ramadan manakala zakat harta disarankan untuk membayar pada hujung bulan Julai iaitu 31 Julai untuk mendapat pengecualian cukai tahun semasa.

Apa Itu Zakat Harta?

Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan bertujuan untuk menyucikan harta dengan memberikan sebahagian daripadanya kepada golongan yang memerlukan. Zakat harta ialah zakat yang merangkumi Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat KWSP, Zakat Tanaman Padi, Zakat Penternakan, Zakat Takaful, Zakat Harta Galian dan Harta Karun.

Cara Pengiraan Hanya Menggunakan Aplikasi

Setiap zakat harta ada pengiraan atau anggaran harta yang akan dikenakan zakat. Menariknya bagi penduduk di sekitar Negeri Selangor, cara mengira zakat harta adalah sangat mudah. Hanya menggunakan aplikasi yang dianjurkan sepanjang Bulan Taksir Zakat.

Bulan Taksir Zakat yang berdurasi sebulan setengah mendorong anda untuk melunaskan zakat harta. Aplikasi  ini juga akan membantu warga Selangor untuk kira kadar zakat secara spesifik. Kesempurnaan zakat itu bukan sahaja pada zakat fitrah, tapi juga pada kesempurnaan zakat harta pada seseorang.

Dengan adanya Aplikasi Zakat Selangor yang menawarkan banyak fungsi terkini. Kali ini anda dah tak perlu beratur panjang di cawangan atau susah payah mencari Amil untuk mengira zakat lagi.

Kalau anda nak tahu, Aplikasi Zakat Selangor ini menyediakan semua perkhidmatan secara atas talian buat anda. Dalam aplikasi ini terdapat pilihan taksir yang merupakan kalkulator pengiraan zakat, bayaran secara online, semakan online dan juga profil anda sebagai pembayar zakat di Selangor.

Ganjaran Hebat Menanti Ada Sepanjang Kempen 

Sepanjang kempen Bulan Taksir Zakat berlangsung di Negeri Selangor, pelbagai ganjaran dunia dan akhirat menanti anda.

Jangan tak tahu, anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Motorsikal, Nintendo Switch, dan kupon KFC juga diberikan setiap kali anda membayar zakat melalui aplikasi. Jadi apa lagi, masa ni untuk anda menang moto. Jangan lepaskan tarikh keramat ini 15 Jun sehingga 31 Julai untuk rebut hadiah menarik dari Zakat Selangor.

Jom Borak Dengan Geng LZS Secara Langsung

Bagi anda yang mempunyai seribu satu pertanyaan jangan lepaskan peluang untuk sembang bersama LZS. Sembang LZS adalah sebuah rancangan terbitan Lembaga Zakat Selangor di mana program ini membincangkan isu dan topik hangat berkaitan zakat yang bakal memberi pelbagai pencerahan dan maklumat terkini.

Menariknya jemputan khas sebagai panel setiap episod, menampilkan panel yang berbeza. Siaran episode ditayangkan di Facebook Lembaga Zakat Selangor. Jangan lepaskan peluang ini untuk sentiasa peka dengan tuntutan yang diwajibkan ke atas umat Islam.

Maklumat lanjut layari laman rasmi Zakat Selangor.

×