fbpx

Bekas isteri Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman dilihat ada  memuat naik video memaparkan anak bongsunya, penyanyi Syada Amzah menyanyikan semula lagu berjudul Rumah nyanyian, Dalia Farhana.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi entri itu, Fauziah menulis lirik lagu tersebut beserta emoji menangis seperti memberi bayangan tentang perasaannya.

BACA: “Bekas Isteri Banyak Kali Ugut, Desak Minta Diceraikan”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Turut menjadi perhatian ramai, Fauziah menyertakan tanda pagar #8tahunhidupdalampenipuan #ndlalaofficial pada kapsyen berkenaan.

Perkongsian Fauziah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami kesedihan dilalui ibu kepada empat cahaya mata itu serta mendoakan agar diberikan kekuatan melalui ujian berkenaan.

Minggu lalu, penyanyi Datuk ND Lala mengakui sudah bernikah dengan Siti Munirah dan mendakwa bekas isterinya itu mengugut serta meminta untuk diceraikan.

Dalam pada itu, ND Lala meminta agar tidak menggelar isterinya dengan gelaran penyondol kerana wanita itu tidak mengganggu rumah tangganya sebaliknya dia yang mendekati Siti Munirah.