fbpx

Rumah Tiada Gula, Rahsia Zaidi Omar Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Meskipun usianya kini sudah mencecah 64 tahun, pelakon berpengalaman Zaidi Omar dilihat masih sihat dan kekal muda.

Memetik Utusan Online, Zaidi mendedahkan amalan tidak makan gula dan kerap minum air kosong antara rahsianya sentiasa sihat.

“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong,” katanya.

Dedah Zaidi lagi, dia juga mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan tidur awal selewatnya jam 10 malam jika tiada penggambaran. 

“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.

“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” katanya