Entah di mana silapnya, peminat dan juga pengikut Instagram Dato’ Aliff Syukri bagaikan dapat menghidu tentang masalah yang dihadapi oleh beliau melalui perkongsian gambar di laman sosial.
BACA: Dato’ Aliff Syukri Mengamuk Dilabel Orang Kaya Bodoh
Mungkin itu juga cara pemasaran baru yang dipraktikkan oleh Aliff untuk menarik orang ramai berkongsikan perkara tersebut di laman sosial, lebih-lebih lagi gambar tersebut turut membawa jenamanya sekali.
Selain itu, Aliff dan juga isterinya, Datin Nur Shahida juga telah memadam foto terkini mereka berdua daripada Instagram masing-masing dan hanya tinggal beberapa sahaja foto lama. Apa pun, semoga segala apa yang berlaku, berjumpa jalan penyelesaian yang terbaik. (rtky/s)