“Rukun Mana Kata Nak Jadi Hero Heroin Kena Cantik, Kacak?”
Susulan kenyataan Datuk A Aida yang meminta bakat baru tidak membuang masa datang ke uji bakat jika tidak mempunyai rupa atau pakej lengkap, pelakon lagenda, Ogy Ahmad Daud menyifatkan kenyataan Aida itu agak biadap.
Ogy turut mempersoalkan mengapa perlu mengeluarkan kenyataan seolah menghina ciptaan Tuhan. Ogy turut berkongsikan beliau pernah menjadi juri uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dan melihat ramai peserta mempunyai bakat luar biasa mengatasi rupa paras.
BACA: Ogy Ahmad Daud Pertikai Zamani Ke Final GV5
“Buku atau rukun mana mengatakan nak jadi hero atau heroin kena cantik dan kacak? Juri yang berkata begitu adakah mereka lupa dari mana mereka bermula?
“Sistem ini dimulakan stesen televisyen dan kenapa perlu keluarkan kenyataan seolah-olah menghina ciptaan Allah? Saya pernah menjadi juri dan panel dalam DFKL dan melihat ramai peserta yang hadir mempunyai bakat luar biasa mengatasi paras rupa. Pastinya mereka (juri) juga tidak sependapat dengan saya,” katanya kepada Harian Metro.
Ujarnya lagi, jika mencari berdasarkan paras rupa ianya akan ditelan zaman, tetapi jika mencari mereka berbakat akan terus diingati. Dalam pada itu, Ogy memberitahu beliau tidak kisah jika dikecam kerana membangkitkan isu ini.
“Tidak dinafikan pelakon yang ada pengikut ramai di laman sosial itu bagus, tapi pastikan mereka ambil inisiatif untuk lebih berilmu dan menarik,” katanya.
“Kita bercakap mengenai realiti kehidupan, jadi kena faham maksud hero heroin itu apa. Saya tak kisah pun orang nak kutuk saya hanya kerana bangkitkan isu ini kerana masyarakat luar akan ingat, semua produser ada sikap pilih kasih sebegini.
“Di mana jati diri anak seni tempatan jika asyik meniru budaya luar negara kerana pesona seorang pelakon itu adalah lebih penting. Amat sedih kerana di tahun 2019, kita mewujudkan produser yang berfikiran cetek sebegini,” katanya.
Terdahulu, A Aida dalam kenyataannya berkata peserta perlu cermin diri mereka terlebih dulu agar jangan terlalu yakin dan merasakan diri mereka layak sebagai duta DFKL. Katanya lagi, bakat boleh digilap tetapi rupa adalah paling penting.
- SUMBER
- Harian Metro
A.Aida tu silalah berambus dlm industri tanahair ye.
Drama2 dia x best!!!
dia nak menyediakan orang cantik dan handsome peluang dapat duit banyak… boleh kawin anak datuk,
rebut laki orang sampai ceraiberai,
jadi anak ikan,
jadi pelacur kelas atasan,
dapat YB2, jutawan, kan senang hidup kalau kena boikot….
boleh buat kontrovesi banyak2 ada duit minum arak pakai seksi2 melancung, tukar2 laki tukar2 bini banyak boleh buat kalau cantik dan handasome
egat lagi dia cast ruhainies yg asa tu baru lagi berlakon….tapi pegang terus jadi main cast…..punyalah kaku sampai kena kutuk….tapi apa yg dato tu cakap??/ ……”Saya tidak kisah apa orang nak kata. Apa yang penting drama tersebut meletup dan mendapat sambutan peminat.”.
siapa nak bau kentot telur kat muka ??
ko fikir lawak ker… jijik aku baca
kalau ade 5 produser drama mcm a aida tu…jahanam industri kita. cegah sebelum terlambat.
kentut telur aje di muka ??
Ingat lagi Kak Ogy berlakon Ali Setan dulu…fuh memang real..babak drama harijadi paling best. Waktu tu aku budak lagi 7-8t hn camtu. Best betul Kak Ogy dapat award lagi sebab babak kejutan harijadi scene katak melompat tu guna katak betul.
sapa nak bau kentut telur ayam mac donald pedas ??? busuk gileee ??
Artis-artis lain tak nak bersuara ke? Or korang semua patung cendana? Boleh je comment cara berhemah kat makcik pemikiran kuno era “2000 and late” ni. Bila la pengarah jenis ni nak mereput??
Takut tak dapat job dari makcik yg altered muka ke? Sedar sikit la pengarah senggal.. sebelum kau altered muka ko… Cantik sangat ke muka ko dulu? Kenapa kau nak ubah kalau muka ko tu hebat sangat??
Dulu dulu ko Miss Universe wakil Malaysia ke? Ceh… Perangai hina…dia yang ubah muka, Ada hati nak kutuk wajah original orang. Bonggok.
ha..primadonna pakat2 bersuara dah. rapatkan barisan bawang2 semua.
Tak kan la hudoh sgt yg dtg ujibakat tu…
Betul saya sokong kak og,bakat lebih penting dri rupa ,aida kau pun alter muka kau ,kalau tidak biasa2 je.skrg da alter pun blh la tahan teruk jugak.
OGy tak jadi pengarah boleh laa cakap mcm tu ..masa jadi juri AF dia komen peserta mcm bagus sgt …. dah laa… semua sama jee…
Dia brckp dlm kontek industri drama n filem Malaysia…audience rata2 org melayu yg suka Hiburan semata…tengok yg cantik..handsome..ada ke yg nk tengok yg huduh buruk jd hero heroin…Ini bukn international industry yg hero2 masih laku…bg rosyam jd hero dh bising….Berdiri la di alam reality….yg ideal bukn di sini..
Dalam filem holiwordpun tiada semua pelakon cantik. Ada yg hodoh juga tapi jualan filem meletop letop.. Sya x setujuh dgn paras rupa yg penting dlm indastri filem kalau deseplin teruk dan perangai x bagus.. Ramai skrg mcm tu..
To tell the truth.. bukan kan sume pelakon lawa2.. kalau.pelakon gemuk2 tak lawa ade org nak tgok ke.. a aida cuma realistic je . Dia tahu industri ni mcm mana cuma cara penyampaian dia yg salah.
Kalau semue yg dipilih smua yg handsome2 dan lawa2, abes sapa yg nak jdi watak2 pengemis, watak cacat,watak ibu tua,watak bapak2 yg kedut…kalo stakat rula paras je ada tapi berlakon kaku, buang karen je la
Aku suka cite tamil.hero ..heroin..ada yg biasa2 je..tapi jalan cite..mmg best.semoga makcik tu buka mata ..buka hati..buka minda.
Xcantik xpe . Arwah ahmad nespu kata dlm filem p ramlee boleh tempek bedak banyak banyak. Yang penting bijak dlm bidang lakunan
Punyalah nak kutuk, eja HOLLYWOOD pun salah. Jangan jadi bodoh macam A.Aida.
Perlu ada rukun bagai ke. Realiti mmg nk jadi pelakon kena cantik kena hensem. baru feel sampai gitewwwww. kalau pelakon bishe bishe tetiba watak jadi kegilaan 1 kolej, xgila ke yg tgk tuuu. adoiii. akak bukan sokong rupa lebih penting dari bakat ye. tp hakikatnya skrg mmg itu yg penonton nak. kalau dapat pelakon yg seriring cantik hensem bakat pun tiptop lg bagus. #donebebel