fbpx

Pelakon sensasi Ruhainies mengakui terkejut apabila namanya dipetik sebagai penyodol apabila didakwa cuba memikat kekasih aktres Thailand, Bow Maylada iaitu Alek Teeradetch.

Memetik Oh Bulan, Ruhainies tidak menafikan mengenali kedua-dua pelakon Thailand terbabit kerana pernah bersama-sama ketika di Kazakhstan atas urusan kerja.

BACA: Aliff Aziz Ucap Selamat Hari Lahir, Minta Maaf Pada Ruhainies

“Berita itu timbul selepas sebuah portal terima satu e-mel layang daripada ‘anonymous’ dan saya tidak rasa e-mel itu dikirim sendiri oleh pelakon wanita dan lelaki Thailand itu.

“Mustahil juga mereka tahu e-mel portal tempatan kan. Mereka pula artis terkenal, tiada masa nak buat begitu,” katanya.

Ruhainies mendedahkan sudah banyak kali e-mel layang sedemikian yang didakwa sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan namanya sejak Mac lalu.

“Pihak itu juga sengaja buat cerita tidak benar dan e-mel kepada brand-brand yang saya kerjasama supaya nama saya jadi buruk. Mahu takut-takutkan brand,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata perkara itu masih dalam siasatan dan aktres itu berkata dia percaya setiap rezeki sudah diaturkan Allah meskipun ada pihak cuba berniat tidak baik.

SUMBER: Oh Bulan