Ruhainies ‘Like’ Posting Ibu Aliff Aziz Di Instagram

Baru-baru ini, ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza dilihat ada memuat naik perkongsian berbunyi ‘Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku’.

Hafiza turut menulis kapsyen bahawa Allah mengetahui apa yang terjadi dan Allah itu Maha Adil.

BACA: “Allah Masih Tutup Aib Anda” – Ibu Aliff Aziz

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila netizen menyedari Ruhainies turut memberikan tanda suka pada hantaran berkenaan termasuk Aliff Aziz.

Susulan itu, netizen lain turut mengatakan bahawa ibu Aliff Aziz sudah pun unfollow Bella Astillah namun didakwa mengikuti Ruhainies di Instagram.

Sebelum ini, Hafiza memuat naik posting mendedahkan menerima kata-kata hinaan dari netizen susulan isu anaknya ditangkap khalwat bersama Ruhainies.

×