Pelakon Ruhainies berkata dia belum bersedia untuk berkahwin kerana bimbang selepas melihat kemelut berlaku dalam rumah tangga pasangan selebriti.
Memetik Harian Metro, Ruhainies berkata buat masa ini dia mahu memberi fokus pada kerjaya lakonan serta keluarganya terlebih dahulu.
BACA: Tular Lagi Aksi Mesra, Netizen Dakwa Ruhainies & Zul Ariffin Dah Kahwin Senyap-Senyap
“Saya jadi risau dan takut untuk diri sendiri dalam menjalin perhubungan. Apa yang pasti, buat masa sekarang saya belum terfikir dan bersedia lagi nak berkahwin. Bagi saya, bila sampai jodoh takkan ke mana.
“Buat masa ini, jadual kerja saya pun padat. Alhamdulillah, rezeki tak putus dalam lakonan dan sebagai duta produk. Jadi, rasanya wajar untuk saya utamakan karier dahulu sebelum berkahwin,” katanya.
Sebelum ini terbuka berkongsi mengenai kisah cinta, namun kini Ruhainies tidak mahu lagi berbuat demikian sehingga jodohnya betul-betul sampai.
“Ya, betul sekarang saya dah tak nak lagi ‘share’ (kongsi) tentang hal peribadi dan hubungan cinta sehingga sampai masanya. Kalau dah ada jodoh dan ingin berkahwin nanti, barulah saya kongsi.
“Sebabnya, bila kita dah mula berkongsi cerita berkaitan peribadi seperti kekasih, orang akan mula ternanti-nanti cerita seterusnya. Benda itu penatlah, bila asyik ditanya tentang perkahwinan dan karier pula seakan tenggelam,” katanya.