Ruhainies Bakal Nikah Di London?

Tidak lagi berahsia mengenai status hubungannya bersama kekasih yang dikenali sebagai Mr E, umum mengetahui Ruhainies sudah dilamar oleh kekasihnya juga merupakan seorang ahli perniagaan yang menetap di London.

Nampaknya baru-baru ini, Ruhainies seolah memberi bayangan majlis perkahwinannya itu bakal diadakan di London. Namun, Ruhainies enggan mengulas lebih lanjut kerana sebagai wanita tidak manis untuknya menjawab persoalan tersebut.

BACA: Ibu Dedah Ruhainies Kahwin Tahun Depan

“Dia ada tanya, majlis nikah nanti mahu buat di sini atau London. Saya cakap tidak tahu. Saya serahkan pada dia tentukan. Kalau boleh, saya mahu dia jawab semua persoalan ini sebab dia lelaki,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinannya, Ruhainies enggan memberikan komen lanjut. Ujarnya lagi, dia memberi laluan kepada kakaknya pelakon, Nur Risteena terlebih dahulu mendirikan rumah tangga tahun ini.

“Tarikh kahwin saya biarlah rahsia dan menjadi elemen kejutan. Apa saya boleh katakan, perancangan ke arah itu bukan dalam masa terdekat.

“Kalau boleh, mahu kakak kahwin dulu. Insya-Allah, majlis perkahwinannya berlangsung tahun ini. Lagi pula, saya tidak mahu langkah bendul. Keluarga saya pula jenis kena ikut adat. Mahu atau tidak, memang kena lepaskan kakak dulu,” katanya.

Bagaimanapun, Ruhainis memberitahu soal kahwin bukan perkara mudah dan tidak mahu tergesa-gesa. Apa pun, semoga perjalanan Ruhainies ke arah jinjang pelamin dipermudahkan.

×