fbpx

Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang dibentangkan pada Februari lalu menjadi tumpuan rakyat kerana ia yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan.

Antara isu di yang bermain di minda rakyat, mampukah Kerajaan Perpaduan mengaturkan belanjawan yang meliputi semua aspek sosioekonomi dan agama.

Tahukah anda, Kerajaan Perpaduan komited meneruskan usaha memartabat Syiar Islam dengan memperkukuh pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam, bagi tujuan  memperkasa institusi Islam di negara ini, tanpa mengenepikan keperluan agama lain?

Antaranya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan untuk menaikkan elaun bulanan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100 daripada RM1,000, menjadikannya RM1,100.

Bukan itu sahaja, kerajaan memperuntukkan sumbangan khas sebanyak RM600 kepada 70,000 guru KAFA dan guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut melibatkan peruntukan lebih RM40 juta.

Bagi hal ehwal Islam, sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bertujuan memperkasa lagi pengurusan, pembangunan dan pengimarahan Islam di negara ini.

Tidak terhad di situ, beberapa inisiatif berkaitan dengan hal ehwal Islam telah dibentangkan, antaranya bagi sektor pendidikan, RM150 juta diberikan kepada Institusi Tahfiz, Pondok Berdaftar dan Sekolah Agama Rakyat.

Bagaimanapun kerajaan turut komited menyokong aktiviti keagamaan lain dengan memberikan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk kerja penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadah bukan Islam di seluruh negara.

Ini sekaligus menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan mengutamakan aktiviti keagamaan tanpa mengira latar belakang rakyat.

Anda boleh lawati LINK INI untuk dapatkan lebih banyak info dan macam mana anda boleh rebut inisiatif kerajaan yang ditawarkan kepada anda!