fbpx

Rozita Che Wan Sedang Hamil Anak Kedua?

Tahniah Rozita Che Wan andai berita ini benar! Menurut sumber terdekat, khabarnya pelakon itu kini sedang hamil cahaya mata kedua. Berita itu dikongsikan oleh teman rapatnya, Annas Easkey menerusi satu perkongsian di Instagram menyatakan Aaisyah Dhia Rana bakal menerima adik baru.

BACA: Che Ta Tak Mahu Hamil Lagi

Walaupun masih tiada kasahihan dari Che Ta sendiri, Instagram pelakon itu sudah penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat yang gembira mendengar berita ini. Pasti ramai yang menantikan cahaya mata kedua Che Ta ini, dan pasti harapan mereka bayi kedua turut comel seperti Aaisyah.

Menurut Utusan Online, Che Ta dikatakan belum bersedia untuk mengumumkan berita berkenaan kerana usia kehamilannya yang baru memasuki dua bulan. Apapun tahniah buat Che Ta sekali lagi. Nampaknya termakbul doa Zain Saidin mengimpikan anak kedua dari isterinya! (rtky/w)