Baru-baru ini tular video memaparkan pelakon Datuk Rosyam Nor yang berseloroh mencadangkan pelakon, Fattah Amin berkahwin dengan pengarah terkenal, Erma Fatima.
Menerusi video yang dikongsikan Datin Seri Umie Aida, momen lucu itu dirakam ketika mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama.
BACA: Fattah Amin Cari Wanita Bujang, Bijak & Beradab
@umieaida_9 Nasihat yang pelik2 sekadar hiburan. Beginilah keadaan kami sementara menunggu set nak siap. Sape yang ada sc dengan abg rosham.. maka bersiap sedialah dgn nasihat2 yang kelakor siam ? fyp nasihat jodoh
“Aku rasalah kan Fattah, masalah kau ini dan orang paling sesuai untuk kau adalah kau kahwin dengan Erma Fatima. Erma ini pun kau dah tak payah pening kepala sebab dia pun dah tak boleh beranak. Jadi, kau tak payah nak hantar anak pergi sekolah ke apa.
“Selepas itu pula, Umie Aida akan jadi adik ipar kau. Erma, aku rasa Fattah ni sesuailah dengan kau,” kata Rosyam sambil ketawa.
Dapat dilihat Fattah tercengan dengan gurauan Rosyam itu serta menyoal Rosyam kembali dengan mengatakan Umie Aida akan memanggilnya abang.
“Maknanya kak Umie Aida akan panggil saya abang? Macam-macam dia punya nasihat eh? Pelik-pelik,” katanya sambil ketawa.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat dua pelakon itu serta mengatakan Fattah rajin melayan gurauan Rosyam.