Rosmah Didapati Bersalah Atas 3 Pertuduhan Rasuah
Datin Seri Rosmah Mansor disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Memetik Harian Metro, keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.
BACA: Najib Kekal Bersalah, Mula Hukuman Penjara Hari Ini
Menurutnya, tertuduh bersalah atas semua pertuduhan. Difahamkan, Rosmah akan mengemukakan rayuan.
Rosmah, yang juga isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak, didakwa pada November 2018 atas tuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Beliau didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.
- SUMBER
- Rtm
Nak tengok ada lagi ke geng2 yang mudah disogok dengan duit seribu dua yang masih menyokong diorg ni walaupun kes rasuah beratus-ratus juta.
Adoi kan da susah skg ni..wpun blh buat rayuan lg tp tido mlm.tetap x lena..makan x lalu..mandi x basah..trbayangkan penjara aje skg ni..umur lak da tua sgt kalau nk masuk penjara..kesian tp blh buat..
Semua yg sokong puak2 ni mmg sbb dah 7 keturunan dah mkn bergelumang jd darah daging dgn duit dedak, bantuan, projek dan mcm2 yg diorg dpt hasil dri sokong mrk. Kalau xde bahagian xdenya diorg nk terhutang budi, menangis, meroyan separuh gila!
@intan penjara diaorg bkn cikai2 mcm rakyat marhean nie.. Sonok sel diaorg oiii..
Xpe..still blh sleep tgether dgn husban.no hal la
U lap me..klau dpt penjara kajang blh le nk dating2..kalau dia dpt sg buloh cmana..jmpa di pintu syurga aje la nmpknya hehe