Roslan Shah Nak Pulangkan Semula Duit RM1,000 Disedekahkan Iqbal
Baru-baru ini tular video memaparkan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli memijak duit di atas lantai sekaligus mengundang kecaman netizen.
Turut kesal dengan tindakan Iqbal itu, personaliti TV, Roslan Shah menegur usahawan itu yang seolah tidak menghormati rezeki yang diberikan oleh Allah.
BACA: Roslan Shah Mimpi Kahwin Dengan DSV
View this post on Instagram
“Orang waras saja boleh menilaikan duit tidak boleh dipijak-pijak kerana apa yang kita dapat kita kena bersyukur dan duit adalah sumber rezeki diterima dari tangan bukan kita pijak dengan kaki.
“Manusia ada fikiran dan dididik oleh ahli keluarga sebenarnya tetapi akhir zaman sekarang duit pun sanggup untuk dipijak-pijak,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Roslan berkata dia juga mahu memulangkan semula wang sebanyak RM1,000 yang pernah disumbangkan oleh Iqbal kepadanya sebelum ini pada 22 September lalu.
“Harap maaf Iqbal Zulkefli, cik Lan (panggilan Roslan) nak beri balik duit tempoh hari Iqbal transfer (masukkan dalam akaun).
“Lagi pun saya tak gunakan lagi. Saya rasa terkilan cara Iqbal pijak duit dan hilang hormat terhadap Iqbal,” tulisnya.
Meskipun kesal dengan tindakan Iqbal itu, Roslan turut menzahirkan ucapan tahniah buat Iqbal di atas kejayaan single sulungnya itu.
Masa DSV gumuk bercinta dengan Kereta Kebal Bebal ni, ko sibuk interframe kata kau mimpi kahwin dengan DSV gumuk.
Masa Kereta Kebal Bebal ni keluar lagu hujan, ko sibuk interframe lagi nak pulang duit bagai.
Motip ko interframe apehal Nyah??
Nak jugeeek tumpang popularity gossip bodoh Kereta Kebal Bebal tu. Koseeer !!!!
Bang lann…mudah sgt terpedaya ngn gossip semasa.jgnla main tuduh je.sbb iqbal ni apa dia buat mmg sentiasa akan ada org cuba nk jatuhkan dia .sbb kes pertama dia dah silap baling duit.
Kes ni sbnarnye duit tu palsu je.tu props org guna masa nk buat penggambaran apa2.
So org lain pun main pijak2 je.
Tapi org nak kenakan iqbal ni.bila time dia masuk main sepak2 duit palsu tu org rakam and viralkan..
Yg salah salahla tp kalau macmni pun kene kecam jenuhla..mmg kesian gak si iqbal ni.aku pun takpaham manusia ni
Time memuja org bulan bintang.
Time benci org bende tak salah pun abis kene keji.gile tol