fbpx

Bermula Khamis ini, empat nama besar dalam industri muzik untuk Indonesia akan hadir ke Malaysia untuk menjayakan jelajah Rock & Star di’seluruh negara.

Nidji, D’Masiv, Geisha dan bintang solo popular Astrid akan tiba pada 8 Mac 2012 & seterusnya akan menghadiri sidang media khas di Micasa All Suite Hotel.

Rock & Stars ini di’anjurkan oleh Universal Music Malaysia dan juga Rumpun Records selaku syarikat rakaman rasmi kesemua artis.

Nidji akan membuat persembahan khas di Hot FM Big Jam, Kuala Terengganu pada 10 Mac 2012 & dalam hari yang sama D’Masiv, Geisha & juga Astrid akan ke Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang untuk persembahan di Konsert Nusantara 1Malaysia jam 8.30 malam. 

Untuk peminat mereka di Kuala Lumpur pula — Geisha, D’Masiv & Astrid akan mengadakan konsert khas secara akustik pada 9 Mac 2012 di AEON Jusco AU2, Taman Sri Keramat — The Malayan sebagai artis undangan.

Nidji pula akan kembali ke Kuala Lumpur pada 11 Mac 2012 untuk Sunday Nite Jam yang akan berlangsung di The Loft, Jalan Doraisamy khas untuk peminat mereka yang berada di’ibu kota.

Rock & Stars di’bawakan kepada anda oleh Universal Music dan Rumpun Records. The Loft sebagai penaja lokasi persembahan. Redbox & Redbox Plus sebagai penaja bersama. Suria FM sebagai radio rasmi. S2 Studio bertindak sebagai jurugambar rasmi & Rotikaya.com selaku media online rasmi.