fbpx

RM1,000,000 Money Drop Musim Kedua Kini Lebih Mendebarkan!

Kalau ada sebuah program televisyen yang boleh membuatkan kami satu keluarga terpaku dihadapan TV, ianya adalah Astro's RM1,000,000 Money Drop dan program kegemaran ramai ini sudah pun masuk musim yang kedua & menjanjikan lebih debaran dan emosi drama yang disalurkan setiap Sabtu dan Ahad 10.00 malam hanya di saluran 104, ASTRO RIA yang penuh dengan debaran untuk menang sebanyak duit itu.

Rasanya bukan kami sahaja tetapi ramai juga yang diluar sana gemar menonton Astro's RM1,000,000 Money Drop bersama ahli keluarga masing masing selain berkumpul dan berkongsi pengetahuan am dengan suasana santai — juga belajar aspek pelaburan & pengurusan risiko.

Bayangkan dengan hanya menonton AC Mizal mengacah peserta dengan pilihan jawapan mereka, kita sendiri rasa berdebar menantikan berapa banyak pula duit yang akan hilang dari genggaman ketika itu.

Permainan yang perlu di'lalui peserta sebenarnya mudah sahaja jika di'lihat dari mata kasar — kami sendiri rasa kami boleh menang RM1,000,000 itu senang senang — tetapi soalan yang di'berikan memang mencabar ilmu pengetahuan & keberanian peserta.

Peserta akan di'berikan RM1,000,000 TUNAI pada awal permainan & jika anda yang menjadi peserta ketika itu bayangkan perasaan dapat memegang wang tunai dengan jumlah sebanyak itu. Kerja sampai hujung dunia pun belum tentu kami mampu kumpul wang sebanyak itu.

Kemudian, mereka akan terus di'bawa ke soalan pertama dengan memilih terlebih dahulu satu daripada dua kategori soalan yang bakal diberikan. Pada peringkat awal, peserta akan diberikan empat pilihan jawapan untuk mereka 'perjudikan' wang RM1,000,000 yang dimiliki.

Ketika memilih jawapan inilah anda boleh lihat raut wajah peserta sama ada mereka benar benar yakin dengan pilihan atau menyerahkan keputusan mereka kepada gerak hati sendiri. Mereka boleh pecahkan duit yang dimiliki kepada semua jawapan jika mereka mahu.

Satu lagi yang kami perhatikan, ketika inilah anda akan diuji dengan sikap saling percaya sesama peserta untuk membuat keputusan dan secara tidak langsung boleh melihat peribadi sebenar seseorang itu dalam membuat keputusan kritikal — apa apa melibatkan RM1,000,000 memang kritikal ya.

Jika pada musim pertama, wang terbesar yang berjaya dibawa pulang adalah berjumlah RM240,000 oleh pasangan bapa dan anak Izhar Mohd Idris dan Mas Syahmi Izzah Izhar, musim kedua sudah pun menyaksikan yang rekod itu berjaya dipecahkan pada episod ke-7 yang lalu.

Pasangan Faizal & Shuan berjaya membawa pulang RM420,000 selepas menjawab 8 soalan dalam dua buah episod Astro's RM1,000,000 Money Drop yang penuh dramatik & mendebarkan. Kami cemburu.

Sebenarnya, anda juga boleh bermain permainan sama ketika anda menonton Astro's RM1,000,000 Money Drop dalam keselesaan rumah anda sendiri melalui permainan stand alone di laman rasmi program ini.

Melalui permainan ini, akan akan menjawab soalan yang sama sepertimana peserta dikaca televisyen & berpeluang untuk memenangi hadiah hadiah hebat bernilai sehingga RM120,000.

Jadi, untuk anda yang memang gemarkan program penuh debaran Astro's RM1,000,000 Money Drop ini jangan lupa saksikan episod terbaru hanya di saluran 104, Astro RIA setiap Sabtu & Ahad jam 10.00 malam untuk melihat siapakah lagi yang bertuah membawa pulang wang besar selain peluang untuk anda menang hadiah menarik.

zp8497586rq