Pereka fesyen, Datuk Rizalman meluahkan rasa syukur anaknya, Umar Nail dibenarkan keluar dari hospital hari ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Rizalman berkongsikan Umar bebas daripada sebarang komplikasi akibat kemalangan namun perlu datang ke hospital untuk pemeriksaan susulan.
BACA: “Akhirat Kena Terbaik & Berjenama” – Usahawan Tempah Kain Kafan Daripada Rizalman

“Anak Datuk dibenarkan pulang dan keluar dari hospital hari ini tanpa perlu ke mana-mana hospital swasta, beliau bebas dari sebarang komplikasi dan hanya perlu datang ke hospital untuk pemeriksaan susulan dari semasa ke semasa.
“Serta perlukan rehat yang cukup bagi proses penyembuhan seterusnya. Progres penyembuhannya dan semangat Umar sangat luar biasa,” katanya.


Sementara itu, Rizalman turut mengucapkan terima kasih buat para doktor dan jururawat di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.
Terdahulu, Umar terlibat dalam kemalangan apabila digilis lori ais di Wangsa Maju. Difahamkan, Umar dilanggar lori ais yang mengundur ketika dia sedang berjalan kaki di laluan pejalan kaki