Baru-baru ini, perkongsian pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim bersama dua anaknya ke Langkawi menjadi perhatian apabila tular foto mereka menaiki jet peribadi ke pulau tersebut.
Apa yang menjadi bualan ramai netizen apabila ada yang mengatakan jet peribadi yang dinaiki itu adalah milik Rizalman sendiri.
BACA: Rizalman Tak Mahu Terima Followers Baru Di Instagram
Malah, ada yang menyifatkan Rizalman seorang yang rendah diri dan baik hati serta mendoakan kesejahteraan buatnya serta keluarga.
Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa bangga dengan kejayaan anak Melayu seperti Rizalman sekaligus membuktikan orang Melayu juga boleh berjaya.
“Suka tengok Datuk Rizalman ni, jenis tak sombong. Semoga Allah sentiasa lindungi beliau sekeluarga di dunia dan di akhirat,” tulis seorang warganet.
“Meraikan hari jadi di Langkawi bersama keluarga. Tahniah, semoga terus berjaya dan sihat sejahtera. Sesungguhnya, Allah sentiasa memberkati orang yang baik,” tulis netizen.
Difahamkan, Rizalman juga menginap di sebuah villa mewah dimana hasil carian netizen mendakwa harga satu malam di villa sebuah hotel terkemuka itu adalah sekitar RM50,000 hingga RM100,000.
https://youtu.be/mW6dKpqJMiE