fbpx

Rita Rudaini Tidak Terima Tetamu Datang Beraya

Susulan ancaman COVID-19, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memutuskan rangkaian wabak tersebut. Malah, orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk berhari raya serta ziarah menziarahi seperti kebiasaannya.

Turul mengambil langkah sama, pelakon Rita Rudaini terlebih dahulu memaklumkan bahawa dia tidak akan menerima kunjungan mana-mana individu ke rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

BACA: Rita Rudaini Luah Rasa Syukur Anak Imamkan Solat Terawih

Perkara itu dimaklumkannya menerusi akaun Instagram miliknya. Bagaimapaun, Rita turut berpesan meskipun tidak dapat meraikan seperti biasa namun boleh sahaja meraikannya dengan berpakaian baharu di rumah.

“Selamat hari raya. Maaf tahun ini tak ada rumah terbuka. Tolong jangan datang rumah.  Walaupun di rumah, kalian tetap kena bersiap sakan tau macam saya,” katanya.

Rabu lalu, kerajaan mengumumkan aktiviti ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keaamatan dan Hari Gawai pada tahun ini dihadkan kepada hari pertama perayaan.

Dalam pada itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti ziarah juga dihadkan tidak melebihi 20 orang dan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat.