fbpx

Rita Rudaini: Terima Mesej Ugutan & Saya Tidak Mahu Jumpa Ayu Raudhah

Entah bila akan tamat kisah ‘perang’ antara Rita Rudaini & Ayu Raudhah ini. Ketika pihak satu lagi luahkan keinginan untuk berjumpa, pihak di’sini sudah tawar hati.

Ekoran tulisan beliau di Twitter, Rita Rudaini mendakwa beliau telah menerima SMS ugutan yang mengatakan beliau busuk hati & ingin meraih simpati orang ramai.

“Siapa yang kacau siapa sebenarnya? Saya bukannya robot dan biarlah masa yang menentukan segalanya, Allah tidak akan tutup keburukan terlalu lama,” ujar Rita Rudaini.

Di’tanya wartawan Kosmo! tentang keinginan Ayu Raudhah untuk bersua muka, Rita Rudaini berkata ia’nya tiada guna dan sudah terlambat dalam situasi sekarang ini.

“Buat apa berjumpa, sudah terlambat & saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung,” ujar beliau tegas.

Dalam satu temubual berasingan bersama Harian Metro, Rita Rudaini mendakwa yang Ayu Raudhah & Zaquan Adha pernah menyamakan dirinya dengan anjing. Hmm.