fbpx

Rita Rudaini Nafi Berbohong, Bidas Kenyataan Aidil

Masih tetap mahu mempertahankan hak, sekali lagi aktres Rita Rudaini menjawab dakwaan yang telah ditempiaskan oleh bekas suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan minggu lalu.

Pada kenyataan tersebut Aidil mendakwa Rita berbohong dan suka memburukkan dirinya. Dan pada laporan b*pop minggu ini, Rita tampil dengan kenyataan yang marah berbaur kecewa.

“Saya berbohong? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang berbohong! Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan Raya anak-anak? Kenapa ketika di Jepun baru nak SMS saya?”

“Saya tidak nafikan Aidil ada memberi nafkah tapi pada tahun ini sahaja baru setiap bulan bagi duit! Tahun lepas mana, sejak Januari? Mana bukti dan tolong tunjuk! Dia mempertikaikan tidak cukup? saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dahulu, saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya. Mana dia ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!”

Menurut Rita lagi, nafkah yang diberikan hanya RM500 dan jumlah tersebut tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan anak-anak yang mahal sekarang

“Hidupnya hanya bola dan makan. Mana dia ambil tahu pasal keperluan rumah dan anak-anak. Tapi saya jenis tak ambil kisah asalkan keluarga bahagia dan tidak bergaduh. Jangan nak nafikan hakikat itu, dia ini spesis manusia yang tidak kenang budi ketika tidak berduit dulu. Bila sudah senang lupa diri!”