Pelakon Rita Rudaini meremang bulu roma serta teruja apabila dapat bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir di pejabat beliau.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Rita menyifatkan pertemuan dengan tokoh negarawan berusia 98 tahun itu adalah satu kenangan bermakna dan tidak dapat dilupakan buat dirinya serta anak-anak.
BACA: “Teladan Celah Mana” – Rita Rudaini Tegur Program Lelaki, Perempuan Serumah
View this post on Instagram
“Kenangan berharga yang tak akan kami lupakan sampai bila. Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu pada saya dan anak-anak.
“Aura Tun sangat kuat. Meremang bulu roma saat kami melangkah masuk bersua muka. Orang hebat, aura pun hebat,” katanya.
Sementara itu, Rita turut menutupkan doa agar Tun Mahathir dan isterinya, Tun Siti Hasmah diberikan kesihatan yang baik.
“Kami doakan agar Tun M dan Tun Siti Hasmah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT,” katanya.
Dalam pada itu, Rita berkongsikan kedua anaknya turut teruja dapat bertemu dengan Tun M serta mengatkan banyak soalan lagi yang ingin ditanya kepada bekas perdana menteri itu.
“Banyak lagi soalan nak tanya. Teruja sungguh Airit Rayyan dan Airit Qaqa jumpa negarawan. Kami sayang Tun. Tun terindah dan terulung,” katanya.